BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 27 April 2015

Bangsa Polip.

Assalamualaikum..

Pernah dengar pasal makhluk polip/poppy tak ? aku memang curious gila nak tahu pasal makhluk polip/poppy ni sejak baca novel trilogi bagaikan puteri : cinta sufi. Dalam novel ni, makhluk ni beragama islam, menyembah Allah SWT, macam manusia tapi bersayap. Ingatkan makhluk ni imaginasi rekaan ramlee awang murshid je, tapi at the last two pages of the novel, ada state some facts about makhluk polip/poppy ni. so, then dengan gagahnya menggoogle dan poofff ! inilah hasil carian. Nak search sendiri, pergi archive semua memang tak dapek lah kan sebab assignment pon tak segagah tu nak buat, inikan pulak nak research for fun.hehe..itu bukan fatin okay.Jadinyaa, saya minta izin untuk share dari entry blog http://hijabulcrewz.blogspot.com/. :)

Bangsa ini juga telah dikatakan muncul jutaan tahun sebelum bangsa manusia wujud di muka Bumi Allah ini. Bangsa Polip juga sama sebagaimana bangsa Al-Hin iaitu mereka bukanlah daripada kalangan bangsa jin, malaikat apatah lagi manusia. Mereka adalah suatu makhluk ciptaan Allah yang lain sebelum manusia di tempatkan di muka Bumi ini sebagai Khalifah. Dikatakan rupa jasad Bangsa Polip adalah sama sepertimana manusia namun mereka mempunyai ciri khas di belakang badan mereka iaitu sepasang sayap untuk mereka berterbangan. Istilah zaman sekarang manusia bersayap disebut sebagai Pari-Pari. Namun ada juga yang berkata bahawa Bangsa Polip bersayap dan berkaki banyak namun bertubuh manusia. Perbezaannya hanyalah pada kewujudan sayap di belakang badan dan kakinya yang banyak berbanding manusia. Wallahualam. 

Malahan terdapat pendapat mengatakan bahawa Bangsa Polip ini diciptakan terlebih dahulu daripada bangsa jin. Merekalah Khalifah di muka Bumi sebelum bangsa mereka dihapuskan akibat kemaksiatan mereka pada Allah. Namun demikian, terdapat pula hujah yang bertentangan yang berpendapat bahawa Bangsa Polip ini telah musnah akibat peperangan mereka dengan bangsa manusia. Dalam erti kata lain bangsa manusia dan bangsa polip pernah berinteraksi antara satu sama lain. Wallahualam.


Namun yang demikian sesungguhnya masih belum ada bukti kukuh yang mampu menunjukkan bahawa kebenaran kewujudan makhluk²  ini. Apakah mereka benar² wujud atau hanya sebuah lagi mitos yang diciptakan untuk tujuan tertentu. Sesungguhnya berpegang teguhlah pada Alquran dan Hadis Rasulullah untuk keselamatan dunia dan akhirat. Maka ambil ringanlah terhadap perkara yang tidak disebutkan dalam Alquran dan Hadis. Wallahualam.

Penjelasan dari novel :

' Bumi dipenuhi pelbagai jenis kehidupan dan makhluk hidup yang tidak ada kaitannya 
dengan manusia walaupun ada sebahagian yang menyerupai manusia dalam hal anggota tubuh dan rupa. Makhluk-makhluk itu adalah makhluk-makhluk berakal dan cerdas yang tidak kurang sedikit pun daripada kecerdasan manusia. Diantara makhluk-makhluk ini terdapat makhluk yang dinamakan 'Polip' oleh ahli palaentologi dan antropologi, iaitu sebuah istilah dalam bahasa perancis yang bererti mkhluk berkaki banyak. Istilah itu kemudian dijadikan nama untuk binatang-binatang laut walaupun yang tidak memiliki kaki. Bagaimanapun, nama ini dikembalikan semula kepada makhluk berakal yang ditemui pada lukisan-lukisan yang mengisahkannya dan pahatan pada sebahagian batu. Jelas sekali makhluk-makhluk ini memiliki sayap-sayap nipis di kedua-dua tangannya. Batu-batu tua itu menunjukkan bahawa makhluk-makhluk ini hidup di dalam air dan membentuk koloni-koloni yang berenang diatas air pada masa yang dekat dengan kemunculan makhluk manusia pertama. Makhluk-makluk ini juga mendiami gunung-gunung yang membentang di daerah samudera Hindi dari Australia hingga daerah yang kini dinamakan rangkaian pergunungan Laut Merah'- Petikan Sumber ( Siapa penghuni bumi sebelum manusia? Muhammad Isa Dawud





No comments:

Post a Comment