BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 5 July 2014

Bagaikan Puteri - Saifudin Jalis.


'' Apabila hujan turun..melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung,awan..kalau dapat kucapai..maka saktilah hamba..''


Assalamualaikum....

apa khabar semua.?hope sihat je okay.ohh ya..selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak..dah nak masuk seminggu ramadhan, cuaca okay tak panas sangat macam bulan-bulan sebelum ni..Alhamdulillah. :) okayyy..saya tak nak membebel panjang sangat sebenarnya tapi we'll see panjang ke tak sebab saya memang dah lama nak menulis pasal entry ni.hee

Act hari ni saya nak bercerita pasal novel. Saya minat baca semua novel tapi bukan karya Ramlee Awang Murshid..tapi tu dulu lah..saya memang jahil dengan karya RAM ni..pandang sebelah mata pun tak..kalau nak beli novel, nampak je novel RAM saya akan cepat cepat letak tepi sebab saya ingat karya karya RAM tak menyentap Jiwa. Nak dijadikan cerita..satu hari tu along saya bawak balik novel bagaikan puteri dari KL ( Biasalah..minat baca novel jugak) dia siap cakap..'nah mira baca novel ni sedap' dalam hati saya cakap 'novel apa lah ni'. Agak lama jugak novel tu duduk dekat rak and sampailah tahap kebosanan yang melampau barulah saya ambik nak try baca.so,barulah bermula kisah cinta saya... ehhh ? haha.over pulakkk. :D 

Nampak tak tajuk entry saya hari ini ? ehem ehem !siapa yang tak jatuh cinta dengan saifudin jalis tak tahu lah..itu pun bagi peminat novelis Ramlee Awang Murshid . tak nak buat pening pening..i'll introduced to you the character of saifudin Jalis. Sebenarnya saifudin ni adalah salah satu watak utama dalam novel RAM iaitu Bagaikan Puteri. Bagaikan Puteri ni pulak ada trilogi dan sambungan novel yang lain sebanyak tujuh buah novel which are cinta sang ratu, cinta sufi, sunan musafir, hijab sang pencinta, sutera bidadari dan sunan.Yang menyedihkan..saya cuma ada 3 buah novel jer.sadis tak sadis lah kan ! lagi 4 buah nak beli entah bila..tetapi kalau ada sesiapa nak bagi hadiah..saya terima dengan lapang dada.haha.Okay ! Novel bagaikan puteri ni banyak berunsurkan keagamaan, ketuhanan dan thriller.Sebelum cerita lagi detail..nah baca dulu sinopsis novel bagaikan puteri.. :) - sinopsis kulit novel-

Haryani dan Laksamana Sunan…saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza. Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam. Dani… pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21. Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!'

Walaupun sound agak tak logik..tapi kebesaran Allah SWT tak ada siapa boleh sangkal kan.?okay sambung...saifudin juga digelar sebagai Laksamana Sunan disebabkan mempunyai perwatakan yang warak, alim dan memiliki ilmu kepahlawanan yang tinggi & juga penentang musuh musuh Allah. Gelaran ni diberikan oleh Wali Sufi dari Tanah Acheh iaitu bapa asuhan kepada Laksamana Sunan sepanjang berbelas tahun Sunan hidup di Acheh. Laksamana Sunan digambarkan sebagai seorang pemuda yang tampan, berwajah bersih, berani dan berbadan sasa. Ehemmm ! haha biasalah..lumrah lah kan kalau dah digambarkan macam tu, automatik la semua pembaca terutama perempuan sepertiku ini akan cair.haha tapi bukan sebab tu jer..Sunan ni jugak sentiasa melakukan amal ibadah,merendah diri & bibirnya sentiasa basah memuji kebesaran dan kekuasaan Allah.

Nak dijadikan cerita..Haryani yang disebut dalam novel tu sebenarnya seorang gadis yang agak sosial dalam kehidupan.  sehinggalah pada satu malam dia diragut selepas mengeluarkan duit di ATM. Sebab accident tu..Haryani berada dalam keadaan Koma. Dalam masa dia koma tu lah rohnya terpelanting ke zaman sebelumnya iaitu abad ke-15.-Based on true story..perkara macam ni memang pernah terjadi pun dekat pesakit pesakit yang koma-

Pada abad ke-15 ni lah bermulanya pertemuan haryani dan Saifudin. Pada Masa tu Saifudin dan Djailuh ( sahabat karib saifudin) menumpang kapal Juragan untuk ke tanah melayu..kampung Punggor di Melaka iaitu tempat asal usul Sunan. Sunan ingin berjumpa keluarga setelah berbelas tahun terpisah disebabkan salah faham dan fitnah  yang dilemparkan terhadap Sunan. Kebetulan..salah seorang anak Kapal Juragan terjumpa seorang wanita yang hanyut dengan papan tanda kerajaan majapahit yang sebenarnya adalah Haryani.Haryani hilang ingatan, dia tak ingat nama dia apatah lagi dia berasal dari mana tapi lama kelamaan dia ingat jugak. Apa yang dia ingat hanya pementasan puteri gunung ledang yang ditonton sebelum kemalangan. Haryani pun kenalkan diri dia sebagai Puteri Majapahit,Gusti Putri Retno Dumilah tanpa fikir panjang..

Haryani ambil keputusan nak ikut Laksamana Sunan & Djailuh ke kampung Punggor bila dirasakan selamat apabila berdampingan dengan Sunan. Banyak halangan yang mereka terpaksa tempuh sepanjang perjalanan ke kampung Saifudin. Sikap tenang saifudin dalam menangani musuh-musuh Allah & penyembah syaitan seperti Nyi Burga Kelara,Purba Hitam & Balan balan telah menimbulkan rasa cinta dalam diri haryani kepada saifudin. Pada masa yang sama Djailuh pun menyukai Haryani. Konflikk dah ni.. :p Tapi yang menyentuh perasaannya bila Laksamana Sunan cakap dia sanggup kehilangan Haryani daripada kawan sebaik Djailuh.. Lagilah jatuh cintan dengan Sunan macam ni ! haha :D

Dalam novel ni jugak ada keluarkan watak sultan Melaka,permaisuri melaka,Hang Tuah sampai kadang-kadang buat kita rasa Laksamana Sunan betul betul wujud. Ataupun beliau memang wujud.waallhualam.Sebenarnya kalau dekat Malaysia Laksamana Sunan memang tak dikenali sangat.Tapi kalau bahagian negara jiran ( tak tahu kawasan spesifik) Laksamana Sunan agak dikenali. Sebab tu kewujudan beliau tak dapat dikenalpasti. #Saya pernah tengok satu cerita indonesia yang tajuknya ada kena mengenalah dengan Sunan. #Saju bagitahu :D

Okay ! sampai tu je saya boleh cerita. kalau nak tahu lagi lanjut pasal kisah saifudin & haryani,,apa yang terjadi kepada haryani ? haryani dapat balik bertemu keluarga ke tak ? apa keputusan Laksamana Sunan ? Sapa Ratu Sulaman ? Sapa pulak Dani ? Dani ada kaitan dengan Sunan ke ? haaa..kalau nak tahu wajib beli novel ni ataupun pinjam dekat library.saya pun nak beli tapi tunggu duit masyukk sikit..hehe Endingnya sangat sedih dan menyayat hati..tapi jangan risau sebab sambungan ada lagi. :D saya recommend novel ni sebab novel ni buat kita rasa nak berubah kearah yang lebih baik..perubahan yang nak buat kita dekat dengan pencipta kita iaitu Allah SWT. Memang tak rugi sebab novel ni tak macam novel cinta yang lain..

Rasa bertuahnya kalau wujudnya lelaki seperti Laksamana Sunan. :)



p:s #Kalau ada sesiapa tahu blog/group/individu yang menjual preloved novel ataupun novel terpakai..let me know please..sedang mencari novel novel lama dan murah.tq :)

* Maaf atas penggunaan bahasa yang agak baku..hahahaha. Puasa mempengaruhi bahasa mungkin .! :D


No comments:

Post a Comment