Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Malam ini adalah 10 malam terakhir bulan ramadhan.
Lailatul Qadar atau dikenali jugak sebagai malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat bermakna dan istimewa bagi seluruh umat islam dimuka bumi ini.
Allah juga telah berfirman bahawa ‘’ malam Al-Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan ‘’ ( Al-Qadr : 2 )
Pada malam lailatul qadar ini jugalah Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam ramadhan yang lainnya.
Ada disebutkan dalam sebuah hadith :
’’ Adalah Nabi SAW,beribadat dengan ( lebih ) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir ramadhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain’’ ( Riwayat Muslim ).
Para-para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof mengatakan bahawa Allah SWT sengaja menyembunyikan tarikh sebenar akan berlakunya malam Lailatul Qadar agar umat islam berusaha bersungguh-sungguh untuk mencarinya.Tetapi, ada juga disebutkan tanda-tanda kemunculan malam seribu bulan ini..antaranya : Hari esoknya, menjadi tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Matahari tidak pula terlalu
terik. Malam Lailatul Qadar itu sendrinya berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram.
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa..
Semua orang mahu mengalami sendiri bagaimana rasanya menghadapi malam lailatul qadar termasuk juga saya. Jadi, kita harus banyak beribadat dan bersolat pada malam-malam terakhir ini. Bukan malam ini sahaja,malah setiap hari sehingga kita dijemput oleh Allah SWT nanti.
terima kaseh. Assalamualaikum.
Thursday, 9 August 2012
Lilatul Qadar ^^ Subhanallah :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment