Friday, 31 August 2012
Tak Salah Jadi Diri Sendiri
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)
Apa khabar makcik-makcik, pakcik-pakcik, atok-atok, nenek-nenek dan warga-warga muda sekalian..? :p
Sebelum mula buat assignment rasanya lebih afdhal kalau saya buat entry siket kot untuk malam ni..haha :D
okay..actually, title entry tu sebenarnya nasihat tu..nasihat tok kawan-kawan yang hipokrit..yang pretending to be someone else. !
Kenapa perlu nak jadi macam orang lain kalau jadi diri sendiri tu lagi hebat.. iye tak.?
iye..sebenarnya jadi diri sendiri lagi hebat walaupun kadang-kadang kita sendiri tak tahu apa kehebatan yang ada dalam diri kita..kan..? semua orang ada their own speciality/expertation.. :)
kadang-kadang sanggup berubah hanya untuk puaskan hati orang..sedangkan diri sendiri tak rela..apakah.?
aduii..awokk..kita memang tak boleh nak puaskan hati orang sentiasa..
ada je benda yang buat mata mereka sakit dekat kita..so what..? pedulikan..
hidup kita, kita tentukan, cara kita pun, kita yang tentukan..that is none of their business..
tapi, janganlah sampai orang bagi nasihat yang baik pon awokk tak terima..
tu dah jadi bodoh-sombong pulakk nanti...huu
Changing with pretending will not last long..let it flow sincerely from ur heart..alrite..?? :)
" kau selekeh la bhai..aku tak nak kawan ngan orang macam kau ni "
Dan korang sanggup berubah hanya sebab nak berkawan dgn dia..apakah lagi sekali.?
Korang nak ke ada kawan yang tak boleh terima korang apa adanya.?
kalau tanya saya,. saya tak nak.. saya sanggup takda kawan macam tu pon..
kalau korang da hensem, comel-comel baru dorang nak kawan.. tu bukan kawan namanya..
berkawanlah dengan orang yang sanggup terima kita apa adanya..
kalau tak.. silalah angkat kaki carik org lain nak jadikan kawan yer.. :)
Kdang-kadang ada jugak yang jadi pengkritik untuk hidup kita kan..kritik cara kita bercakap, makan, pakai, semualah nak dikritikk..
ada beza yer kritik dengan nasihat... kalau nasihat Alhamdulillah dan InsyaAllah boleh terima.. :)
" eh, cer kau tengok budak tu, pakai macam org buta fesyen jer, baju kaler pink, seluar warna hijau, "
ala..biarlah dia..kata fesyen..baru style..kau hado..?? haha
ni lagi satu, nak kritik orang tu, tapi cakap kuat-kuat..
tak perlu kot nak memalukan orang depan orang ramai...
aib tu..kita jaga aib orang, Allah jaga aib kita.. :)
kalau kau dah cukup sempurna then, baru nak tegur orang..takpe..
tapi, kalau dah kau lagi terok dari die..ha acano tu..??
sebab tu bob marley cakap " Before you start pointing fingers, make sure your hands are clean "
samalah maksud, kalau kau nak kritik orang, pastikan diri kau cukup sempurna dulu..okay.?deal.?
Dan jangan lah jadi hipokrit.. tak bagus tu..
kau tak suka dia tapi kau baik macam kawan sejati depan die... erkk..perlu kah..?? =='
tak suka cakap tak suka...
kalau pretend suka depan-depan tapi belakang cakap macam-macam hal buruk tak guna jugakk..
kadang-kadang, tak faham ape ek perasaan terpaksa suka someone sedangkan dalam hati benci ya amat..
aduhh..masalah..masalah.. -..-
okay lah yer rasanya dah penat kot jari-jemari sy yang gemok ni menaip..nak sambung menaip tok assignment pulakk..
thanks for spending ur precious time reading entry ni.. :)
Assalamualaikum , have a blessed , blastt and happy with ur beloved one !
LotsOf Love : XOXO :D NFA
Sunday, 26 August 2012
Premiere Pro senget ! ==’
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hey semua..hari ini agak frust sikit sebab nak wat assignment ada je halangan..so, kita biar halangan tu tenang dulu..hee..bukan halangan ape pong..cuma lappy kesayangan saya ni hang sikit..bukan sikit..agak banyak jugak la die hang..terganggu kerja nak edit video.disebabkan oleh itu…tadaaaa..maka akan terhidanglah satu entry pada petang yang agak mendung ni..hee
Lusa saya dah mula nak memerah kepala ini balik untok assignment dan kelas-kelas yang agak mencabar. Untuk semester 4 ni, ada dua kelas production yang agak membebankan ..rasanya kalau tak tahan,saya dah boleh kegilaan kot..huu
assignment lama pun tak usik lagi..ni baru nak buat..tapi render dari tadi tak siap-siap..fadeup jugak lahhh..hmmm
Ni baru buat mini documentary belum short film musical lagi..aduiii
hidup kan..?mana ada yang senang kalau nak berjaya..
hee..mak cakap..
actually, saya lebih minat editing daripada shooting2 sebab banyak kelebihan kalau doing editing je ni..hee..duduk menghadap lappy je and try benda baru..fun kot..
walaupun kena duduk dekat editing suit sampai pukul 2 pagi…seronokkk…hee
meh sini..sape-sape ade adik-adik junior yang ingin bantuan hakak ni..cakap lahh..haha
gurau sahaja..sikit-sikit tu boleh la..insyaAllah..
And one more year, maka tamatlah saya belajar dekat limkokwing ni..dan kalau ada rezeki mestilah saya nak sambung degree..dekat limkokwing jugakkk..haha
semoga dipermudahkan segala urusan..amin
doakan kejayaan saya ye..
Monday, 13 August 2012
Pengorbanan vs Kegelapan :D
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alohaaa…hee..apa khabar semua warga-warga muda dan emas sekalian.Hari ini mood macam terlebih baik sikit,tak tao lah kenapa kan..itu yang ada mood nak menulis entry tengah-tengah malam ni.Tajuk entry yang terlintas pada hari ini ialah pengorbanan seorang manusia yang bergelar student dan kehitaman atau kegelapan kulitku..oh tidakkk..


Ni lah tempat kejadian tu..haha..capture sendiri walaupun huduh. Hari sabtu lepas..cuaca agak panas jugak lah dekat area kuala lumpur ini..Dah aku pulak nak shooting outdoor dengan indoor dekat klcc twin tower tu..Matahari pulak atas kepala time tengah nak shoot untuk outdoor..apakan daya..kugagahkan jugakk disebabkan assginment sir husni..Aku ini jenis kalau pakai cardigan atau inner mesti aku akan sensengkan lengan baju tu sebab dah terbiasa sejak kecik lagi..Shooting untuk outdoor ambik masa dalam sejam jugak lah..Dengan puasanya lagi..ya ampunn..nak menangis kat tepi jalan je rasanya time tu..huu.so,time dah sampai rumah tu,baru perasan dekat lengan ada dua tone colour..satu tone agak cerah dan satu lagi agak kegelapan…Pasrah je sebab salah sendiri.oke fine..ok fine !
And untuk indoor pulakk..assignment aku berkenaan klcc documentary..so, aku kena pandai-pandai cilok nak hidup..cilok-cilok pon kantoi jugakk dengan mak guard kat situ..dua kali kot kena sound..
first warning aku buat tak tao je..second warning time dekat level C..hehe..nasib dah nak siap baru dapat warnng yang ke 2..fuhhh..lega.memang lah rasa seram jugak selepas kena sound yang pertama..
tapi,takkan nak kuar terus dari tempat tu sedangkan assignment tak siap lagi..jadi,lagi sekali..aku menggagahkan kaki dan hati untuk terus shoot…Akhirnya siap jugakk…
Ada orang tanya..buat ape susah-susah buat sorok-sorok..?dapatkanlah approval awal-awal..kan senang..huh..cakap memang senang…pihak klcc akan ambil masa berbulan-bulan nak approve untukk shooting tu..sedangkan assignment tu nak submit minggu ke-5 iaitu 2 minggu lagi..
ha..acano..???
Bawah ini ada gambar kenangan sikett..


( orang agak keramaian sebab shopping raya )
![]() |
Ni lah kawan saya yang buat assginment sama-sama |
Terserempak dengan kawan hostel yang buat aku jadi gila |
rasa nak terjun mandi dalam ni sebab terlalu panas kot.hehe |
itulah dinamakan pengorbanan..tao takk..so,kepada sir husni..tolonglah jangan reject assignment ini..sir kan hensomm kau.. haha ! okaylah itu sahaja..dan terima kaseh..selamat hari raya..ehhh…
hee.. Assalamualaikum..

Lots Of Love : XOXO


Sunday, 12 August 2012
Judge Us After knowing The Truth !
Assalamualaikum..
Entry untuk hari ini adalah berkenaan tentang judge orang sesuka hati sendiri..ahaaa..
Alkisahnya bermula cenggini..tadi saya dan ada member sorang ini pergi buat assignment dekat klcc..
On The Way balik..naik KTM..berdiri sebelahh seorang lelaki ini..dalam lingkungan 30an mungkin..
tapi,saya lebih suka panggil dia pak cikk..padan muka..

hamboii pakcikk..nak kata saya pakai skirt time tu,takde lah pulakk..nak kata saya pakai short pant time tu takde lah pulakk..dah kenapa tetibe pakcik cakap macam tu pulakk haa...orang cakap..cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar.. dah eden yang berdiri sebolah ea tue dio buek tak tao yo..ha..acano..??bukan marah..ni nak berbincang namanya..hee..okaylah..macam ni..
Memang sedia maklum, universiti Limkokwing adalah universiti international iaitu student-student local bercampur,bergaul dan study dengan foreigner dari macam-macam negara..nahhh..cara mereka dengan cara kita,iaitu student melayu lain dan mungkin mereka ( foreigner ) ada mempengaruhi sedikit student melayu ini..tapi,cara pakcik cakap macam dah menuduh semua student lkw mcm tu..Kalau nak tahu lebih detail,adalah lagi helok kalau datang sendiri ke kampus kami dan tengok sendiri. ada je anak melayu kita yang pakai sempurna menutup aurat, ada je yang berpurdah dan sebagainya.kenapa sisi negatif jugak yang perlu difokuskan ? tak faham betul dengan pemikiran sesetengah manusia ni.
Tak semua student dekat limkokwing ini terukk..and kalau nak jadi teruk belajar dekat mana-mana pon boleyhh..just depend dekat diri sendiri je..dan lain kali kalau nak mengutuk..jangan depan studentnya..kita ni melayu.melayu kan ada adab.okay..dah habis membebel.bye.
Assalamualaikum
Thursday, 9 August 2012
Lilatul Qadar ^^ Subhanallah :)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Malam ini adalah 10 malam terakhir bulan ramadhan.
Lailatul Qadar atau dikenali jugak sebagai malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat bermakna dan istimewa bagi seluruh umat islam dimuka bumi ini.
Allah juga telah berfirman bahawa ‘’ malam Al-Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan ‘’ ( Al-Qadr : 2 )
Pada malam lailatul qadar ini jugalah Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam ramadhan yang lainnya.
Ada disebutkan dalam sebuah hadith :
’’ Adalah Nabi SAW,beribadat dengan ( lebih ) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir ramadhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain’’ ( Riwayat Muslim ).
Para-para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof mengatakan bahawa Allah SWT sengaja menyembunyikan tarikh sebenar akan berlakunya malam Lailatul Qadar agar umat islam berusaha bersungguh-sungguh untuk mencarinya.Tetapi, ada juga disebutkan tanda-tanda kemunculan malam seribu bulan ini..antaranya : Hari esoknya, menjadi tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Matahari tidak pula terlalu
terik. Malam Lailatul Qadar itu sendrinya berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram.
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa..
Semua orang mahu mengalami sendiri bagaimana rasanya menghadapi malam lailatul qadar termasuk juga saya. Jadi, kita harus banyak beribadat dan bersolat pada malam-malam terakhir ini. Bukan malam ini sahaja,malah setiap hari sehingga kita dijemput oleh Allah SWT nanti.
terima kaseh. Assalamualaikum.
Monday, 6 August 2012
Malaysia Boleh ! Proud Of You DLCW.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Malam tadi berlangsungnya acara olimpik yang pertama bagi malaysia iaitu Badminton. Dan Dato’ Lee Chong Wei telahpun kalah kepada pemain handalan dari china iaitu Lin Dan dengan mendapat pingat perak untuk Malaysia dalam rubber set iaitu 15-21,21-10 dan 21-19.well said..menang atau kalah dah jadi satu adat dalam permainan. takkan asyik nak menang je kan.. mesti ada jatuh bangun.. kalau kita tak jatuh,kita tak tahu maksud kesusahan.

Kat bawah ini ada beberapa gambar yang agak menyedihkan jugakk..

Dan ini adalah tweet dari DLCW sebab kekalahan dia semalam.
Ramai jugak yang mempertikaikan dan meremehkan tentang kekalahan LCW semalam. Tapi, apa kata kalau kita sendiri yang lawan masa olimpik akan datang. Boleh tak kita tandingi LCW. kan.? hee.. bersyukur dengan apa yang malaysia dapat. ni baru namanya rezeki. okay..?
But, we still proud of you Dato’ Lee Chong Wei.
