BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 15 August 2017

REVIEW NOVEL : DR ALPHA MALE | ANJELL

  اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ          


Apa habaq orang-orang kampung ? Lamanya tak update blog ni. Rinduuuu. Last entry pada 1/4/2016. Tahun lepas gais,setahun lebih dah. Allahu. Maaf lah,busy. Memang dah lupa dah pun tentang kewujudan blog ni, sekarang tetiba baru tergerak hati nak update. Like i said many times on my previous entry, i have that weird attitude/feeling that keep on changing. Kadang-kadang, bila minat something, rasa suka tu datang membuak-buak. Bila rasa macam dah slow minat tu, then i will start to find something else that capture my interest. Hmmm..susah jugak sebenarnya nak faham perangai seorang Fatin. Bertabah gais,bertabahlah. Aku pun tak faham dengan diri sendiri,inikan pulak orang lain.heh !

So,nak dijadikan asbab aku menulis pada pagi buta nan syahdu ni adalah sebab..nak tulis review novel. Tadi, tergerak hati nak tengok berapa orang yang view post entry sebelum ni, and surprisingly review novel 7 hari mencintaiku ada paling banyak view wei (read ; 4848 views)Thank you dear readers. Aku terharu sangat ni.Hehe

*GENTLE REMINDER : THIS ENTRY IS WRITTEN FOR NOVELHOLICS ONLY* Yang tak minat novel, anda diminta keluar sebentar ya.hehe







Pesta Buku dekat PWTC baru-baru ni (takdelah baru sangat), aku tak dapat pergi, tapi..aku kirim dekat akak sedara suruh tolong borongkan. Dalam banyak-banyak novel tu, hanya ada 3 buah novel je yang menarik and yang paling menarik daripada ketiga-tiga novel tu lah yang aku nak buat review harini,iaitu novel..


Yes ! Dr Alpha Male. Nama pena penulis ni adalah Anjell. Anjell ni ada jugak blog and dalam blog dia tu, dia banyak tulis cerpen and novel. Rajin-rajin boleh usyar site ni http://anjellayan.blogspot.my/. Kebanyakan atau aku boleh cakap hampir kesemua novel Anjell ni semuanya dah dijadikan drama petang-petang kat TV3,slot Akasia,tapi ada jugak a few yang disiarkan dekat Astro. Tapi,yang penting semuanya dapat sambutan wei. Hebat tak dia ni ? Antara novel-novel Anjell adalah Eksperimen Cinta, Tundukkan Playboy Itu, Hero Seorang Cinderella dan Suamiku Paling Sweet and aku harap sangat yang novel Dr Alpha Male ni pulak dijadikan drama. hehe

Secara generalnya maksud Dr Alpha Male tu sendiri membawa makna ;

noun
noun: alpha male; plural noun: alpha males
1.     the dominant male animal in a particular group.
 "two of them trotted over to greet the alpha male, a black wolf with a graying muzzle"
o    a man tending to assume a dominant or domineering role in social or professional situations.
 "most alpha males need to control the women in their lives"
o     
*Aku terlebih gigih pagi ni,nah hadam maksudnya*

Baca dulu sinopsis belakang novel ya.

"Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.

“Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium.” – HILMAN UKASYAH

Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung.

“Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut.” – HILMAN UKASYAH

Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya.

“Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?” – TRISTIN HAZEL

Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya… Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.

Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat.

Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan… Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya…

“I’ll do my best to protect you. Anything. I’ll even be taking a bullet for you.” – HILMAN UKASYAH

Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?" 

So, my first impression masa baca sinopsis ni, aku rasa macam bestnyaaaaa hoi. Then, baca bab 1 -3, bibit-bibit kelakar dah ada,aku dah mula berdekah and itu bermaksud aku memang akan baca novel ni,every pages without miss even one piece. Baca lagi..alahai charmingnyaa Hilman ni. Auraanya memang lain macam. Hahaha. Apa yang aku perasan, gaya penulisan novelis ni memang lain sikit, Anjell pandai tarik minat pembaca dia and target audience dia dikalangan teengers. Ayat sempoi plus kelakar, jalan cerita tak berbelit-belit, suspens yang sederhana. Tapi,ada a few watak yang aku tak faham kenapa watak tu perlu wujud dalam novel ni. Macam kalau watak extra tu takde pon,tak mengganggu jalan cerita.Tapi, mungkin akan ada sambungan untuk novel ni and watak-watak macam Dheo & Nurissa mungkin akan dijelaskan dengan lebih details dalam novel seterusnya,mungkin. Dari segi perkembangan jalan cerita. Ada naik ada turun. Ada masa buat kau teruja nak teruskan pembacaan and at some point feeling feeling melting tadi drop then naik balik tapiiiii tetap berjaya buat aku habiskan bacaanlah.

Dalam setiap novel mesti akan ada satu aspek yang sama atau orang sebut klise. Dalam novel ni pon adaaa,of course ada. Kalau sesiapa yang dah baca atau akan baca novel ni nanti, korang akan jumpa scene klise di mana kedengkian sikap orang Melayu kita yang masih terdapat di luar sana. Mulut-mulut panas berapi makcik-makcik dan masyarakat sekeliling. Lepastu, sikap Dr. Hilman yang poyo kadang-kadang agak macam keterlaluan,POYO benar tapi watak poyo tulah yang bagi aku jadi sweet.
 Overall, novel ni aku klasifikasikan sebagai, bahan bacaan ringan. Takdelah penuh sangat konflik macam certain novel yang bila kau baca,kau boleh stress. Hahaha. Ada yaaa, sebab novel boleh stress tu benarr ya. Bukan mitos. I'm the alive victim. kehkeh

Bila kau baca novel ni, kau akan dapat rasa pelbagai rasa, haaaaa mixed feeling lah nak mudah. Bila Hilman dan Hazel mula-mula berjumpaa, kau akan rasa alahai sweet dan kelakarnyaaa moment tu. Then, bila something terjadi dekat Hazel pada malam tu, kau akan rasa macam, Allahu kesiannyaa Hazel, tapi takkanlah kot dia diperkosa. Terbocor jalan cerita sikit. hehe kau akan rasa suspens dengan  si stalker and pervert iaitu si...tutttt dan kau akan rasa sakit hati dengan Iwan dan Safura. Nak tahu kenapa sakit hati ? pergilah baca sendiri wei takkan aku nak cerita semuaaa.Tak suspens lah nanti. Tapi, yang penting kau akan keep on falling for Hilman Ukasyah like i do. Okbye. HAHAHA !

Okay guys, itu jelah kot untuk review kali ni. Kalau rasa macam nak teaser untuk novel ni, nak baca dalam a few chapter online then baru nak purchase,boleh pergi siniii https://www.wattpad.com/403543797-dr-alpha-male-bab-1 atau pergi je dekat blog Anjell tadi. Tapi kalau terniat dalam hati tu nak baca online je sampai habis, keep on dreaming sebab ada sikit je chapter online hokay. Tapi, aku rasa kalau peminat novel tegar, memang akan beli jadikan koleksi peribadi terus. Yedok ? Baru puas hati kan ? hehe

Thank you for reading. I loveeeee you guys ❤❤

Friday, 1 April 2016

REVIEW NOVEL : I LOVE YOU,STUPID | MELUR JELITA

Assalamualaikum..

Harini tetiba teringin pulak nak buat novel review, harap dapat membantu lah bagi sesiapa yang suka baca review dulu sebelum beli novel. Review saya ni takde bias and semuanya jujur.in shaa Allah. Mula-mula saya baca karya Melur Jelita ni, dalam hati cakap not bad,boleh tahan.Ketebalan novel tu pon boleh tahan tebalnya.Cukuplah bawak 2 buah je buku Melur Jelita ni dah boleh lenguh bahu, kalau 5 buah buku sekaligus,mahu senget bahu seminggu.Tak faham la cemana dia boleh tulis novel tebal2 macamni n ada input yang berguna pulak tu.haihh.bravo2 ! hehe..okay mula..masa baca novel ni, pinjam buku dari member,lepastu tak puas hati pulak bila tak ada dalam koleksi sendiri,so saya pun cepat-cepatlah melaburkan duit yang memang dah kering beli novel ni. Only Novelholics knows the pain bila dah baca novel tu tapi novel tu bukan kita punya tapi kita nak novel tu ada dalam koleksi kita tapi pulak masa tu duit kekeringan.haaaa..yang last tu lagi sakit.Haha.okay sebelum merepek lagi panjang,nah baca dulu synopsis.




cemana gais ? tebal ke idok ?
  
                                                                               


                                                                 
Hampir 90% daripada novel ni boleh dikata berlatarbelakangkan di kemboja. Bila mula-mula baca dulu, lagi-lagi bila iris dan firman kat kemboja, rasa macam nak sangat-sangat pergi kemboja dan tengok sendiri kehidupan bangsa Melayu yang beragama Islam di sana. Kedaifan, kemiskinan, pergolakan antara kaum dan agama. Bagaimana mereka kuat menghadapi dugaan sebagaimana yang diceritakan oleh Melur Jelita. Sungguh! baca novel ni boleh buat kita ada kesedaran pasal kemanusiaan.

Iris, boleh dikatakan seorang wanita yang manja, agresif, tegas dan agak ke'divaan.Wanita yang berani yang tidak gentar untuk berlawan dengan lelaki. Sering bertindak di luar kawalan,keras kepala, tidak mendengar nasihat. Hatinya kuat kepada Aidan, tetapi lama-kelamaan sifat Firman yang selalu melindungi menjadikan hati Iris berbolak balik. Aidan dan Firman dirasakan amat berbeza. Aidan selalu mengambil kesempatan terhadap Iris tapi Iris takde pulak nak sepak terajang ke hape. kata garang sangat ! tapi still dia tolak.tolak-tolak manja konon.haha..geram pulak.sedangkan Firman langsung tak pernah cuba nak sentuh Iris dan itu telah memikat hatinya. Siapa sangka anak orang kaya yang sentiasa hidup dalam kesenangan sanggup menyertai misi kemanusiaan di Kemboja,yang boleh dikatakan mempunyai banyak kekurangan dari segi pendidikan,persekitaran.tapi, Iris ke Kemboja ada perkara yang perlu diselesaikan,bukan untuk misi kemanusiaan semata-mata. 

Firman Ebrahim aka abang pedas, haihh..speechless sungguh sebab dia ni digambarkan sebagai seorang lelaki yang agak sempurna. Well, i know that nobody is perfect in this world lagi-lagi ini watak rekaan novel tapi rasanya tak salah kalau kita sebagai manusia cuba untuk ambil mana-mana perangai dan sifat positif yang ada pada watak-watak rekaan ni kan ? lagi satu yang saya suka novel ni sebab, novel ni tak cliche macam kebanyakan novel yang saya pernah baca, latarbelakang hero tu mesti dia CEO,kalau tak pun mesti dia doktor atau peguam yang ayah dia pulak mesti ada gelaraan datuk atau tan sri.cerita ni lain sikit, Firman ni biasa-biasa je tapi tak adalah hidup susah. Salasilah keluarga dia di Kemboja sangan complicated,so susah nak explain tapi keluarga Firman sangan dihormati di Kemboja walaupun hidup mereka sama-sama serba kekurangan. Firman ni diceritakan bekerja sebagai inspektor polis trafik.memiliki sebuah kereta Persona,sebiji kawasaki ninja dan sebuah kondominium.No mercedes.No BMW,No Audi.Okay sambung..Firman berusaha menjaga iman yang sering goyah bila berdekatan dengan Iris. Bagaimana, dalam ketegasan, Firman menegur Iris tentang banyak benda.Firman, dikagumi oleh masyarakat di sana tapi tak terlepas dari dugaan dunia dan fitnah dari keluarga Daud. Anak yang baik, sanggup meninggalkan kerjaya yang disayangi demi mahu mencurahkan bakti di kampung, di samping emak tersayang. Firman tak pernah meluahkan perasaannya terhadap Iris kerana dia tahu Iris milik Aidan dan dia tak akan rampas hak orang lain. Iris juga mencintai Firman tetapi sangkanya Firman langsung tak ada perasaan terhadap dirinya,so dia pun diamkan diri sehinggalah Iris dijemput pulang ke Malaysia oleh ayahnya dan Aidan.

Endingnya, saya sangat berpuas hati walaupun ada part yang tak tahu apa kesudahannya tapi dont worry sebab part yang tergantung tu dah terjawab dalam sambungan novel ni iaitu 'My Precious Iris'.Nanti saya tulis review pasal sambungannya pulak.

Overall, bagi saya novel ni sangat sangat sangat sangat best dan berpuas hati. Gaya penulisan,penyampaian yang sangatlah hebat dan padat. Info yang menarik pasal Kemboja,pasal sejarah Kemboja..memang tak akan bosan baca novel ni.serious.highly recomended. 5 star !

SINOPSIS BELAKANG NOVEL :

Kisah kemanusiaan yang penuh dengan kasih sayang. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.

Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!

“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan 

Abang pedas? Eye Mo aku!

“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris

“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan k
elima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...” – Abang pedas

Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!

“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris

“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim

Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!

“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”

“Dan apa?” - Firman

“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris

Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.

Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.

“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”

Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…

“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”
 





Monday, 27 April 2015

Bangsa Polip.

Assalamualaikum..

Pernah dengar pasal makhluk polip/poppy tak ? aku memang curious gila nak tahu pasal makhluk polip/poppy ni sejak baca novel trilogi bagaikan puteri : cinta sufi. Dalam novel ni, makhluk ni beragama islam, menyembah Allah SWT, macam manusia tapi bersayap. Ingatkan makhluk ni imaginasi rekaan ramlee awang murshid je, tapi at the last two pages of the novel, ada state some facts about makhluk polip/poppy ni. so, then dengan gagahnya menggoogle dan poofff ! inilah hasil carian. Nak search sendiri, pergi archive semua memang tak dapek lah kan sebab assignment pon tak segagah tu nak buat, inikan pulak nak research for fun.hehe..itu bukan fatin okay.Jadinyaa, saya minta izin untuk share dari entry blog http://hijabulcrewz.blogspot.com/. :)

Bangsa ini juga telah dikatakan muncul jutaan tahun sebelum bangsa manusia wujud di muka Bumi Allah ini. Bangsa Polip juga sama sebagaimana bangsa Al-Hin iaitu mereka bukanlah daripada kalangan bangsa jin, malaikat apatah lagi manusia. Mereka adalah suatu makhluk ciptaan Allah yang lain sebelum manusia di tempatkan di muka Bumi ini sebagai Khalifah. Dikatakan rupa jasad Bangsa Polip adalah sama sepertimana manusia namun mereka mempunyai ciri khas di belakang badan mereka iaitu sepasang sayap untuk mereka berterbangan. Istilah zaman sekarang manusia bersayap disebut sebagai Pari-Pari. Namun ada juga yang berkata bahawa Bangsa Polip bersayap dan berkaki banyak namun bertubuh manusia. Perbezaannya hanyalah pada kewujudan sayap di belakang badan dan kakinya yang banyak berbanding manusia. Wallahualam. 

Malahan terdapat pendapat mengatakan bahawa Bangsa Polip ini diciptakan terlebih dahulu daripada bangsa jin. Merekalah Khalifah di muka Bumi sebelum bangsa mereka dihapuskan akibat kemaksiatan mereka pada Allah. Namun demikian, terdapat pula hujah yang bertentangan yang berpendapat bahawa Bangsa Polip ini telah musnah akibat peperangan mereka dengan bangsa manusia. Dalam erti kata lain bangsa manusia dan bangsa polip pernah berinteraksi antara satu sama lain. Wallahualam.


Namun yang demikian sesungguhnya masih belum ada bukti kukuh yang mampu menunjukkan bahawa kebenaran kewujudan makhluk²  ini. Apakah mereka benar² wujud atau hanya sebuah lagi mitos yang diciptakan untuk tujuan tertentu. Sesungguhnya berpegang teguhlah pada Alquran dan Hadis Rasulullah untuk keselamatan dunia dan akhirat. Maka ambil ringanlah terhadap perkara yang tidak disebutkan dalam Alquran dan Hadis. Wallahualam.

Penjelasan dari novel :

' Bumi dipenuhi pelbagai jenis kehidupan dan makhluk hidup yang tidak ada kaitannya 
dengan manusia walaupun ada sebahagian yang menyerupai manusia dalam hal anggota tubuh dan rupa. Makhluk-makhluk itu adalah makhluk-makhluk berakal dan cerdas yang tidak kurang sedikit pun daripada kecerdasan manusia. Diantara makhluk-makhluk ini terdapat makhluk yang dinamakan 'Polip' oleh ahli palaentologi dan antropologi, iaitu sebuah istilah dalam bahasa perancis yang bererti mkhluk berkaki banyak. Istilah itu kemudian dijadikan nama untuk binatang-binatang laut walaupun yang tidak memiliki kaki. Bagaimanapun, nama ini dikembalikan semula kepada makhluk berakal yang ditemui pada lukisan-lukisan yang mengisahkannya dan pahatan pada sebahagian batu. Jelas sekali makhluk-makhluk ini memiliki sayap-sayap nipis di kedua-dua tangannya. Batu-batu tua itu menunjukkan bahawa makhluk-makhluk ini hidup di dalam air dan membentuk koloni-koloni yang berenang diatas air pada masa yang dekat dengan kemunculan makhluk manusia pertama. Makhluk-makluk ini juga mendiami gunung-gunung yang membentang di daerah samudera Hindi dari Australia hingga daerah yang kini dinamakan rangkaian pergunungan Laut Merah'- Petikan Sumber ( Siapa penghuni bumi sebelum manusia? Muhammad Isa Dawud





Tuesday, 8 July 2014

7 Hari Mencintaiku

Assalamualaikum

Yess ! malam ni mata tak bagi tidur awal. -,- so, kita layankan aje apa mata ni nak buat.haha.. Okay..memandangkan saya tengah kebosanan and tak ada keje nak buat maka akan terhidanglah satu entry untuk pagi buta ni..ofcourse berkenaan NOVEL lagi..hahaha #Maaf kepada bukan peminat novel.keinginan nak menulis pasal novel makin menjadi jadi sejak kebelakangan ni.hikk Novel yang akan menjadi mangsa adalah novel 7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah. Saya dah banyak kali ulang baca novel ni tapi setiap kali kalau ulang saya suka baca part2 hujung sebab baru ada feeling.Siti Rosmizah ni adalah salah seorang novelis yang saya adore karya-karya dia sebab olahan ayat dan jalan cerita memang superb. Kadang kadang terfikir..aduhh ! superb nye ayat dorang.nape la baguihh sangat menulis ni.aisshh. Okayy sambung balikk..dengar dengar cerita..novel ni pulak tengah tunggu turn nak diadaptasi ke drama. Confirm meletup punya kalau betul lah khabaran tu sebabnya cerita novel pun memang best..tapi kalau jalan cerita tak pandai nak olah and pelakon tak sesuai..tak okay jugak.tapi takpe kita tunggu...hahh ! sebelum merepek lagi panjang..cuba baca dulu sinopsis novel ni.. :)-sinopsis kulit novel-

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan akukan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama 

menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.


Cadangan pelakon untuk drama ni nanti akan menampilkan pelakon seperti Syarul Ridwan sbg Khuzairi, Izara Aishah sbg Mia Adriana, Tasha Shila/Nabila Huda sbg Syakila, Norish Karman/Dian P.Ramlee sbg Datin Hayati dan Ku Fridah/Wan Maimunah sbg Mak Leha.. Untuk barisan pelakon ni saya rasa okay dengan apa yang saya bayangkan..cuma Izara Aishah macam tak berapa nak ngamm..kalau Fathia atau nelydia okay x ? ke lagi hancus ? hahaha..ntahlah..terpulang kepada tuan directorrr.. :D

Sambung...Mia Adriana ni digambarkan sebagai seorang yang cantik, tinggi lampai, kaya dan berpendidikan tapi malangnya sangat sombong, angkuh, kurang ajar dan riak. Disebabkan tu, Khuzairi tak berani atau langsung tak terdetik nak meluahkan rasa hati dan perasaannya kepada mia walaupun dia mencintai Mia dari zaman persekolahan lagi. Perasaannnya tak pernah pudar walaupun masing masing sudah dewasa. Dah namanya jodoh..mereka dipertemukan semula selepas sekian lama..Mia Adriana menjadi seorang peguam dan mempunyai firma guaman bersama papanya Dato' Megat Idrus. Malang bagi Khuzairi bila mia dah pun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil.

Masa malam pernikahan Mia dan Khalil..Khuzairi dijemput hadir kerana ayahnya dengan Dato megat Idrus merupakan sahabat baik. Dengan keadaan yang heartbroken la kiranya..Khuzairi datang dengan berbaju melayu putih lengkap. #Fefeeling dia lah nak kahwin kott. :D Sebelum tu, Tan Sri Johari iaitu  papa Khalil telah berhutang dengan sejumlah wang yang besar dengan keluarga Mia. Khalil pula berjanji akan membayar 
sejumlah wang tersebut di hari pernikahannya. Wang tersebut penting, Jika Khalil tak  membayar sejumlah wang tersebut pada hari pernikahan, Lesen dan firma guaman Mia akan di tutup kerana pecah amanah. Tapi, masa majlis pernikahan..khalil tak datang sebagai pengantin lelaki malah yang datang hanyalah Sofi, adik kepada Khalil merangkap kawan baik Mia Adriana. Sofi bagitahu yang Khalil, Papa dan Mamanya dah naik flight ke Paris melarikan diri sebab tak ada duit nak bayar duit Mia. Disebabkan terlalu terkejut..Dato' Megat Idrus diserang sakit jantung & masa ni lah segalanya berubahhh...

Dato' Megat Idrus sempat mengamanahkan Khuzairi untuk menikahi Mia Adriana sebelum menghembuskan nafas terakhir. #Peluang Keemasan Khuzairi la kiranya ni. :) Untuk menutup malu dan amanah yang diberi.. Khuzairi terima dengan rela hati tetapi tidak pada Mia yang mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot. Tapi Mia paksarela. Akhirnya..Mia Adriana dan Khuzairi menjadi suami isteri dalam keadaan yang tak disangka sangka. Khuzairi membawa Mia pulang kekampung kerana Khuzairi bekerja sebagai doktor dan juga penternak haiwan di kampungnya. Di sana terlalu banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui oleh Mia. Kerana kesombongan Mia dia dibenci oleh mak mertuanya iaitu Mak Leha dan adik iparnya Helmi.. Pelbagai cara mak mertuanya dan Helmi buat untuk mengusir dan memisahkan khuzairi dan Mia tetapi gagal. Khuzairi melayan kerenah isterinya tanpa bosan dan kadang kala tersepit antara mak dan isteri .

Dah bertahun kahwin..Khuzairi dan Mia dikurniakan cahaya mata tapi Mia tinggalkan anak yang baru lahir dan pergi ke KL. Disebabkan tu,  Khuzairi menutup hatinya untuk Mia. Atas beberapa peristiwa perit yang telah terjadi..Mia cuba untuk berubah. Dia nak minta maaf dan kembali semula kepada Khuzairi tapi Mia dikhabarkan dengan satu berita Khuzairi bakal berkahwin dengan Syakila iaitu sepupu Khuzairi yang memang berabad dulu suka Khuzairi. Mia nekad dalam masa 7 hari sebelum Khuzairi jadi milik orang lain..dia ingin merebut cinta Khuzairi dan membetulkan keadaan sebelum dia pergi membawa diri ke UK. Dalam masa 7 hari terlalu banyak dugaan yang terpaksa dia hadap. Mia menggunakan waktu itu dengan sebaik mungkin. Khuzairi melayannya seperti mahu dengan tidak jer. tapi dalam hati.... hehhh #Ego lebihh ni. :D 

Malam pernikahan Syakila dan Khuzairi terjadinya satu peristiwa yang merubah semuanya semula.. so, kalau nak tahu rajin rajinlah survey ending kat internet, beli novel ni atau pun tunggu je drama keluar.haha..okay ? Watak Mia memang sangat kurang ajar sampai kadang -kadang rasa nak rejam je dia ni..tapi bila dah berubah tu barulah rasa betapa baiknya Mia ni..jadi jangan risau sebab perasaan marah dekat heroin pasti akan berlaku masa mula mula drama ni nanti okay ? bersedialahh dari sekarang. ! hahaha #Kemain





PLOT MENARIK DALAM NOVEL : 

Hadirnya ke Majlis pernikahan itu sebagai tetamu tetapi bertukar menjadi pengantin lelaki apabila pengantin lelaki tak hadir. Demi menutup malu dan amanah yang diterima dia menggalas tanggungjawab itu.
"Pak cik , dengan ikhlas hati saya rela untuk memperisterikan MIa Adriana dengan syarat Mia sendiri ikhlas untuk menerima saya sebagai suaminya." Setitis demi setitis air mata berderi dipipi Dato' Megt Idrus. Pipi Khuziri dipegang. Kemudian mata Dato' Megat Idrus beralih pada anaknya yang kelihatan memicit-icit kepalanya. Jantung Mia Adriana berdegup kencang. Serasa menggigil seluruh badannya mendengar jawapa Khuzairi tadi. Mia Adriana sedar semua mata sudah terarah padanya. Nafasnya ditarik dalam - dalam. Wajah Khuzairi dikerling sekilas sebelum bersuara.
"Pa, Mia rasa ini bukan jalan penyelesaiannya pa," ujar Mia Adriana perlahan. Dato' Megat Idrus tersenyum pht mendengar jawapan anaknya itu.
"Kalau dah macam tu Mia cakap, papa akan ikut. Papa dah biasa Mia, dah terlalu biasa dengan jawapan Mia yang begitu, memang dah tersurat sampai papa tutup mata pun Mia tak akan pernah nak dengar akap papa,kan? Ri... terima kasih sudi bahagiakan pak cik walaupun untuk sesaat, terima kasih ya nak, Zie papah abang...."
"Tak apa pak cik biar saya papah," celah Khuairi. Dato' Megt Idrus terus perpaut pada lengan anak muda itu. Zaidi turut membantu. Sebaik saja Mia Adiriana bersuara lantang.
"Papa, Mia dengan ikhlas hati menerima Khuzairi sebagai suami Mia." Bagaikan nak terputus nafas Mia Adriana menghabiskan ayatnya. Laju air mata membasahi pipi. Dato' Megat Idrus memejamkan matanya rapat seraya memanjatkan rasa kesyukuran pada yang Maha Esa. Kemudian perlahan-lahan dia berpaling. Tangannya didepangkan pada anak kesayangannya. Mia Adriana dalam deraian air mata terus mendpatkan papanya. Tubuh tua itu dipeluk kejap.
"Papa pergi hospital ya?? Mia sayang papa.... Papa jangan tinggalkan Mia ...." Tangis Mia Adriana.
"Ya sayang...papa ikut cakap Mia. Papa pun sayang Mia..." Khuzairi yang berdiri disebelah, nampak seperti menenangkan dirinya. Mana tidaknya dalam masa beberapa minit lagi dia akan menggalas satu tanggung jawab yang tidak pernah terlintas dalam akal fikirannya untuk berlaku masa sesingkat ini.


Setelah kematian Dato Megat Idrus , Mia Dibawa kekampung suaminya. Oleh kerana sikap angkuh Mia pertengkaran dan sindiran antara menantu dan mak mertuanya saban hari.

"Tak guna punya orang tua! Cukuplaj badan tu besar tempayan, tak payahlah mulut tu pun sama besarnya. Eeee... geramnya aku! Berani di sindir - sndir aku. Dasr orang tua tak sedar diri. Dia ingat aku heran sangat nak tinggal dalam rumah buruk dia ni. Hish, Khuzairi ni pun satu, kalau ya pun nak berambur k mana pun, siapkanlah dulu makan minum aku dalam bilik ni. Macam dia tak tau, mak dia tu tak suka aku," omel Mia Adianan dengan wajah yang baran. Dia mengambil telefon bimbitnya. lalu cuba mendail namun panggilan masih disekat. Buat apalah dia nak buang masa mendail lagi. Tak ada hamba Allah yang baik hati tiba-tiba nak bayar bil untuk dia. Mia Adriana berfikir seketika, kemudia dia terus keluar dari bilik. Dari atas rumah mia Adriana memanggil adik iparnya.
"Nadia.." Nadia yang sedang memesin kelapa terus terhenti.
"Ada apa kak? tanyanya lembut. Mak leha suah menjeling pada menantunya. Mia Adriana serba salah.
"Emm, boleh pinjam handphone sekejap, akak nak call abang," beritahu Mia Adriana. Mak leha Mencebik.
"Kejap ya kak, Nadia basuh tangan," jawab Nadia sopan.
"Hai, telefon orang kaya mahal-mahal tak ada kredit? eh Nadia, kamu tak segan ke nak pinjam telefon murah kamu tu. Allah , mak terlupa pulak, orang kaya dah jadi orang kayap. Itu yang terhegeh-hegeh ikut abang long kamu balik." Bisa sungguh kata-kata emak mertuanya itu. Mia Adriana mengetap giginya sekuat hati menahan rasa marah yang eramat disaat ini.



Khalil menagih kasih setelah meninggalkan Mia Adriana dulu. kerana itu dia sanggup menabur fitnah dan pembohongan agar Khuzairi meninggalkan MIa dan mengharapkan Mia dapat menerimanya kembali.
"Ri, mak kamu kata, masa dia keluar tadi dengan Mi dan Ila, dia bertembung dengan bekas tunang Mia, siapa nama dia tu?"
"Khalil.." sampuk Mak Leha perlahan. Khuzairi mengerutkan dahi.
"Ha Khalil... Khalil ni bercarita kat mak kamu, yang dia dengan Mia dah pernah..... Hish, payah abah nak cakap..." Pak smad terhenti. Khuzairi menghela nafasnya.
"Mia tu bukan perempuan baik Ri. Dia dah rosak. Khalil sendiri mengaku depan mak , dia cakap dia sanggup bertanggunjawab. Dia tinggalkan Mia tu dulu pun sebab dia nampak Mia tu pernah buat jahat dengan jantan orang putih. Ya Allah, perangai dia sebijik macam mak dialah bang." Air mata Mak leha kembali berderai. Khuzairi sudah menggeleng.
"Ri tak percaya mak. Ri kenal siapa Mia. Ini semua fitnah yang dibuat oleh Khalil mak. Ri tau kenapa dia sampai sangup jumpa mak, sebab dia dah terlampau terdesak nakkan Mia semuala mak. Mak tolonglah dengar cakap RI. Apa yang Khalil kata tu semuanya tak etul mak. Percayalah cakap Ri." Khuzairi menyakinkan emaknya. Mak Leha mengeleng tanpa henti.
"Entahlah Ri. Hati mak ni berat mengatakan apa yag Khalil cakap tu betul. Ri saja nak selindung keburukan Mia tu. Sekarang mak nak tanya dengan Ri dari hati ke hati. Ri jawab soalan mak ni dengan jujur. Ri seorang lelaku, terpelajar pulak tu, mak tanya Ri, Mia tu dah rosak ke belum masa Ri sentuh dia? Ri fahamkan maksud mak?" Khuzairi bungkam mendengarnya.
"Hisym kamu ni Leha , sampai ke situ pulak nak ditanyakannya. Itu kan hal bilik tidur, peribadi orang. Kalau Ri dah kata apa yang Khalil ckap tu tak betul, kamu terima ajelah , dia suamunya. Takkan itu pun dia nak cerita kat kamu." Marah Pak samad. Mak Leha mengeat air matanya.


Rayuan Khuzairi tidak diindahkan .
"Mia , perlu ke kita tinggalkan tempat ni dengan melukakan hati orang tua? Mia dah pun jadi eoran ibu kan? Mia mesti faham, macam mana hancurnya hati seorang ibu, bila anak dia sanggup buang dia daripa hidupnya. Abang akui , mak ada juga buat salah pada Mia dan abang minta maaf sangat-sangat bagi pihak mak, tapi memuang dia bukan penyelesaiannya Mia. Walaupun dia cuma emak tiri adang tapi selepas arwah mak abang meninggal. dia yang membesarkan abang. Tak pernah luak walau sikit pun kasih dia pada abang Mia. Tolonglah Mia, jangan mintak abang buat macam tu. Abang rayu pada Mia. Abang janji, lepas ni abang akan pastikan mak tak akan sakiti hati Mia lagi," pujuk Khuzairi. Lama Mia Adriana memandang suaminya sebelum dia bersuara.
"Selamat tinggal Khuzairi, kau mungkin anak yang terbaik pada mak kau, tapi kau bukan suami yang terbaik pada aku. Lepas aku pantang. kau lepaskan aku. Peguam aku akan hantar surat pada kau nanti. Kali ni jangan kau cuba lagi nak mempermainkan hidup aku. Aku dah muak dengan janji kau. Aku dah muak dengan pujuk rayu kau. Ingat, kalau kau tak nak lepaskan aku dengan cara yang baik, aku tetap akan tuntut fasakh dan aku juga akan tuntut hak penjagaan Alisa dimahkamah. Dan kau sendiri tahukan, untuk seorang bayi pasti ibunya yang akan mendapat hak penjagaannya. Aku akan bawa Alisa pergi jauh daripada hidup kau untuk selama-lamanya." Kasar suara Mia Adriana. Khuzair bungkam seketika. Mia Adriana yang ingin masuk ke dalam kereta berpaling semula.
"Oh ya, buku bank dengan kad aku dah letak atas meja dalam bilik kau. Nanti aku dapatkan nombor akaun mak kau daripada Nadia. AKu akan masukkan semua duit tu dalam akaun dia. Mesti mak kau gembira nanti, makin bertambah-tambahlah kasih sayang dia kat kau," kata Mia Adriana dengan wajah bersahaja. Namun Niat Mia Adriana untuk masuk ke dalam kereta terbantut bila suara Khuzairi menahannya.
"Mia , betul ke Mia dah nekad nak pergi dari hidup abang? Takkan tak ada sedikit pun kebahagiaan yang Mia rasai sepanjang hidup dengan abang, Mia?" suara Khuzairi sayu.
" Dahlah Khuzairi, aku tak nak cakap lagi perkara ni, sebab aku sendiri tak tau jawapannya, Aku sendiri tak pasti perasaan aku pada kau. Kalau boleh yang kau cakap kat aku yang kau cintakan aku selama ni, hari ni kau buktikan kata - kata kau tu, kau lepaskan aku pergi. Bagi aku cari kebahagiaan aku sendiri. Mulai hari ini berhentilah mencintai aku kerana aku takkan kembali lagi dalam hidup kau. Kau bukalah pintu hati kau untuk orang lain. Aku pasti saat itu kau akan merasai kebahagiaan yang sebenarnya."

Itu sahaja review untuk novel 7 hari mencintaiku..novel ni memang best okay..kalau tak, macam mana boleh mengalir air mata ku ini.? hikkk 

Saturday, 5 July 2014

Bagaikan Puteri - Saifudin Jalis.


'' Apabila hujan turun..melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung,awan..kalau dapat kucapai..maka saktilah hamba..''


Assalamualaikum....

apa khabar semua.?hope sihat je okay.ohh ya..selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak..dah nak masuk seminggu ramadhan, cuaca okay tak panas sangat macam bulan-bulan sebelum ni..Alhamdulillah. :) okayyy..saya tak nak membebel panjang sangat sebenarnya tapi we'll see panjang ke tak sebab saya memang dah lama nak menulis pasal entry ni.hee

Act hari ni saya nak bercerita pasal novel. Saya minat baca semua novel tapi bukan karya Ramlee Awang Murshid..tapi tu dulu lah..saya memang jahil dengan karya RAM ni..pandang sebelah mata pun tak..kalau nak beli novel, nampak je novel RAM saya akan cepat cepat letak tepi sebab saya ingat karya karya RAM tak menyentap Jiwa. Nak dijadikan cerita..satu hari tu along saya bawak balik novel bagaikan puteri dari KL ( Biasalah..minat baca novel jugak) dia siap cakap..'nah mira baca novel ni sedap' dalam hati saya cakap 'novel apa lah ni'. Agak lama jugak novel tu duduk dekat rak and sampailah tahap kebosanan yang melampau barulah saya ambik nak try baca.so,barulah bermula kisah cinta saya... ehhh ? haha.over pulakkk. :D 

Nampak tak tajuk entry saya hari ini ? ehem ehem !siapa yang tak jatuh cinta dengan saifudin jalis tak tahu lah..itu pun bagi peminat novelis Ramlee Awang Murshid . tak nak buat pening pening..i'll introduced to you the character of saifudin Jalis. Sebenarnya saifudin ni adalah salah satu watak utama dalam novel RAM iaitu Bagaikan Puteri. Bagaikan Puteri ni pulak ada trilogi dan sambungan novel yang lain sebanyak tujuh buah novel which are cinta sang ratu, cinta sufi, sunan musafir, hijab sang pencinta, sutera bidadari dan sunan.Yang menyedihkan..saya cuma ada 3 buah novel jer.sadis tak sadis lah kan ! lagi 4 buah nak beli entah bila..tetapi kalau ada sesiapa nak bagi hadiah..saya terima dengan lapang dada.haha.Okay ! Novel bagaikan puteri ni banyak berunsurkan keagamaan, ketuhanan dan thriller.Sebelum cerita lagi detail..nah baca dulu sinopsis novel bagaikan puteri.. :) - sinopsis kulit novel-

Haryani dan Laksamana Sunan…saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza. Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam. Dani… pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21. Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!'

Walaupun sound agak tak logik..tapi kebesaran Allah SWT tak ada siapa boleh sangkal kan.?okay sambung...saifudin juga digelar sebagai Laksamana Sunan disebabkan mempunyai perwatakan yang warak, alim dan memiliki ilmu kepahlawanan yang tinggi & juga penentang musuh musuh Allah. Gelaran ni diberikan oleh Wali Sufi dari Tanah Acheh iaitu bapa asuhan kepada Laksamana Sunan sepanjang berbelas tahun Sunan hidup di Acheh. Laksamana Sunan digambarkan sebagai seorang pemuda yang tampan, berwajah bersih, berani dan berbadan sasa. Ehemmm ! haha biasalah..lumrah lah kan kalau dah digambarkan macam tu, automatik la semua pembaca terutama perempuan sepertiku ini akan cair.haha tapi bukan sebab tu jer..Sunan ni jugak sentiasa melakukan amal ibadah,merendah diri & bibirnya sentiasa basah memuji kebesaran dan kekuasaan Allah.

Nak dijadikan cerita..Haryani yang disebut dalam novel tu sebenarnya seorang gadis yang agak sosial dalam kehidupan.  sehinggalah pada satu malam dia diragut selepas mengeluarkan duit di ATM. Sebab accident tu..Haryani berada dalam keadaan Koma. Dalam masa dia koma tu lah rohnya terpelanting ke zaman sebelumnya iaitu abad ke-15.-Based on true story..perkara macam ni memang pernah terjadi pun dekat pesakit pesakit yang koma-

Pada abad ke-15 ni lah bermulanya pertemuan haryani dan Saifudin. Pada Masa tu Saifudin dan Djailuh ( sahabat karib saifudin) menumpang kapal Juragan untuk ke tanah melayu..kampung Punggor di Melaka iaitu tempat asal usul Sunan. Sunan ingin berjumpa keluarga setelah berbelas tahun terpisah disebabkan salah faham dan fitnah  yang dilemparkan terhadap Sunan. Kebetulan..salah seorang anak Kapal Juragan terjumpa seorang wanita yang hanyut dengan papan tanda kerajaan majapahit yang sebenarnya adalah Haryani.Haryani hilang ingatan, dia tak ingat nama dia apatah lagi dia berasal dari mana tapi lama kelamaan dia ingat jugak. Apa yang dia ingat hanya pementasan puteri gunung ledang yang ditonton sebelum kemalangan. Haryani pun kenalkan diri dia sebagai Puteri Majapahit,Gusti Putri Retno Dumilah tanpa fikir panjang..

Haryani ambil keputusan nak ikut Laksamana Sunan & Djailuh ke kampung Punggor bila dirasakan selamat apabila berdampingan dengan Sunan. Banyak halangan yang mereka terpaksa tempuh sepanjang perjalanan ke kampung Saifudin. Sikap tenang saifudin dalam menangani musuh-musuh Allah & penyembah syaitan seperti Nyi Burga Kelara,Purba Hitam & Balan balan telah menimbulkan rasa cinta dalam diri haryani kepada saifudin. Pada masa yang sama Djailuh pun menyukai Haryani. Konflikk dah ni.. :p Tapi yang menyentuh perasaannya bila Laksamana Sunan cakap dia sanggup kehilangan Haryani daripada kawan sebaik Djailuh.. Lagilah jatuh cintan dengan Sunan macam ni ! haha :D

Dalam novel ni jugak ada keluarkan watak sultan Melaka,permaisuri melaka,Hang Tuah sampai kadang-kadang buat kita rasa Laksamana Sunan betul betul wujud. Ataupun beliau memang wujud.waallhualam.Sebenarnya kalau dekat Malaysia Laksamana Sunan memang tak dikenali sangat.Tapi kalau bahagian negara jiran ( tak tahu kawasan spesifik) Laksamana Sunan agak dikenali. Sebab tu kewujudan beliau tak dapat dikenalpasti. #Saya pernah tengok satu cerita indonesia yang tajuknya ada kena mengenalah dengan Sunan. #Saju bagitahu :D

Okay ! sampai tu je saya boleh cerita. kalau nak tahu lagi lanjut pasal kisah saifudin & haryani,,apa yang terjadi kepada haryani ? haryani dapat balik bertemu keluarga ke tak ? apa keputusan Laksamana Sunan ? Sapa Ratu Sulaman ? Sapa pulak Dani ? Dani ada kaitan dengan Sunan ke ? haaa..kalau nak tahu wajib beli novel ni ataupun pinjam dekat library.saya pun nak beli tapi tunggu duit masyukk sikit..hehe Endingnya sangat sedih dan menyayat hati..tapi jangan risau sebab sambungan ada lagi. :D saya recommend novel ni sebab novel ni buat kita rasa nak berubah kearah yang lebih baik..perubahan yang nak buat kita dekat dengan pencipta kita iaitu Allah SWT. Memang tak rugi sebab novel ni tak macam novel cinta yang lain..

Rasa bertuahnya kalau wujudnya lelaki seperti Laksamana Sunan. :)



p:s #Kalau ada sesiapa tahu blog/group/individu yang menjual preloved novel ataupun novel terpakai..let me know please..sedang mencari novel novel lama dan murah.tq :)

* Maaf atas penggunaan bahasa yang agak baku..hahahaha. Puasa mempengaruhi bahasa mungkin .! :D


Monday, 28 October 2013

Lain Orang Lain Pendapat :|

                                                             Assalamualaikum

halooo ! berkurun dah tak update blog nih..haha..okay2..kena taip dengan pantas sebab tengah kerja :D Okay !nak dijadikan cerita, masa balik kerja sebelum ni, berborak la dengan akak ipar pasal novel and memandangkan die ada sama opinion dengan saya so,saya cerita lah harini :D Nak bukak cerita pasal filem Ombak Rindu. Bagi saya novel Ombak Rindu memang power..menyentap jiwa dan perassan kalau baca.haha :D tapi kalau filem kureng sikit lah kot.Sebenarnya cerita tu tak ade lah best mane pon sebab saya dah baca novel tu.mesti ramai lagi yang lain dah baca kan ? so, dulu-dulu mase zaman kegemilangan baca novel dulu..kebiasaannya saya tapi tak tahu dengan orang lain..saya suka baca sambil membayangkan situasi sebenar.haha..sebab tu kekadang boleh feel betul-betul sampai menangis. :p Banyak lagi cerita adaptasi novel yang tak fulfill ape yang saya bayangkan macam bicara hati and gemersik kalbu. Tapi kira ombak rindu paling tak banyak menepati lah. Tapi tak faham kenapa movie ni boleh malatopp sangat..huu..different people, different opinion kot :)

Apa yang tak menepati bayangan saya tu. Firstly, saya tak bayangkan izzah macam maya karin . Never imagine that izzah's character was hold by maya karin. Bukanlah nak kata maya karin tu tak bagus, cuma macam tak sesuai je, macam bukan orang kampung jer.haha :D sebab dalam fikiran saya, memang dah tahu n bila mention jer nama maya karin..okay ! she is a pan asian. So, fikiran saya pasal maya karin that she's a pan asian dah tak boleh nak tukar dah nak jadikan die orang kampung. Okay ! second, saya tak bayangkan rumah hariz sorokkan izzah tu macam dalam cerita tuh. The thing that i am imagine was hariz sorokkan izzah dalam apartment or condominium. haha..yang penting rumah bertingkek-tingkek :D sebab, memang tu yang saya bayangkan bila dalam novel ad mention hariz and izzah ad jiran, kawasan perumahan tu ramai orang non-muslim and bila dimentionkan dalam novel yang izah memandang kebawah dan terlihat kereta milik hariz. #Haa kau..ingat lagi # :D Dan yang ketiga, saya membayangkan Hariz adalah seseorang yang sangat kaya and tak sangka pulak dalam filem tu lain..Maksud saya, mungkinlah die kaya sebab ada company tapi bila tengok ombak rindu terdetik dalam hati saya macam ni " eh, eh..macamni je ke company hariz yg sufiah holdings tu?kecikk jer..tak nampak mewah pon.? " haha.. :D serously, sufiah holdings dalam bayangan saya adalah sebuah company yang besar and mewah..kat tengah-tengah bandar kuala lumpur and bukan dekan cameron highland :D
Haha..okay-okay..tu saje kot yang tak berapa menepati and my reccomendation lah kan, kalau adaptasi novel ni better buat drama bersiri daripada movie sebab kalau movies, durationnya terhad and jalan penceritaan pon confirm terhad punya. Maksudnya scene banyak potong..tak dapat tunjuk zaman izzah dengan pak cik die tu, zaman kolej die.huu And kalau dah buat drama bersiri, janganlah pulak tukar-tukar jalan ceritanya. Kalau tukar boleh, tapi tukar biar jadi makin seronoklah..bukan tukar..and penonton jadi semakin annoying macam cerita bicara hati -,- #Sorry :D

Haha..ini pandangan peribadi saya. Lain orang lain pendapat.Maaflah kalau ada orang yang terobses dengan cerita ini. Bukan memandai or condemned. Ni just pandangan and pendapat.huu.peace ! :)

Thursday, 29 August 2013

Luahan Hati Pendek :p



Hari ni dah masuk minggu ke-2 saya internship dekat media prima. Berat sangat hati masa nak gerak datang sini, mungkin sebab dah lama sangat duduk rumah bercuti. Nak tahu tak ? ( ShoutOutLoud) #Feeling duduk rumah sewa dengan hostel tu sangat lain !#. Lagi-lagi bila balik jer kat rumah kawan takde..yang ada akak ipar jer. :( tu pun nasib ada jugak akak ipar,atau tak mungkin lagi tak bestt. Masa dekat desaria dulu, balik kelas..nampak ary.keluar bilik air nampak ary..sekarang balik kerja nampak tv, keluar bilik air nampak pintu bilikk.. :'( Mungkin cukup sebulan kot baru feeling ni okay..almaklumlah..tempat baru memang ambik masa sikit nak biasakan diri.. :D kerja dekat sini okay..bolehlahh.. :p
Aku macam tak pernah duduk berjauhan dari keluarga pulakk selama nih..nampak mak cik-mak cik sebaya mak aku,rasa nak nangis..nampak pak cik-pak cik sebaya ayah aku..tetibe rasa sedih pulakk.. #Manja Sangat Rasanya :( Apepun everything's need time.pray the best for me yer. :)