BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 15 August 2017

REVIEW NOVEL : DR ALPHA MALE | ANJELL

  اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ          


Apa habaq orang-orang kampung ? Lamanya tak update blog ni. Rinduuuu. Last entry pada 1/4/2016. Tahun lepas gais,setahun lebih dah. Allahu. Maaf lah,busy. Memang dah lupa dah pun tentang kewujudan blog ni, sekarang tetiba baru tergerak hati nak update. Like i said many times on my previous entry, i have that weird attitude/feeling that keep on changing. Kadang-kadang, bila minat something, rasa suka tu datang membuak-buak. Bila rasa macam dah slow minat tu, then i will start to find something else that capture my interest. Hmmm..susah jugak sebenarnya nak faham perangai seorang Fatin. Bertabah gais,bertabahlah. Aku pun tak faham dengan diri sendiri,inikan pulak orang lain.heh !

So,nak dijadikan asbab aku menulis pada pagi buta nan syahdu ni adalah sebab..nak tulis review novel. Tadi, tergerak hati nak tengok berapa orang yang view post entry sebelum ni, and surprisingly review novel 7 hari mencintaiku ada paling banyak view wei (read ; 4848 views)Thank you dear readers. Aku terharu sangat ni.Hehe

*GENTLE REMINDER : THIS ENTRY IS WRITTEN FOR NOVELHOLICS ONLY* Yang tak minat novel, anda diminta keluar sebentar ya.hehe







Pesta Buku dekat PWTC baru-baru ni (takdelah baru sangat), aku tak dapat pergi, tapi..aku kirim dekat akak sedara suruh tolong borongkan. Dalam banyak-banyak novel tu, hanya ada 3 buah novel je yang menarik and yang paling menarik daripada ketiga-tiga novel tu lah yang aku nak buat review harini,iaitu novel..


Yes ! Dr Alpha Male. Nama pena penulis ni adalah Anjell. Anjell ni ada jugak blog and dalam blog dia tu, dia banyak tulis cerpen and novel. Rajin-rajin boleh usyar site ni http://anjellayan.blogspot.my/. Kebanyakan atau aku boleh cakap hampir kesemua novel Anjell ni semuanya dah dijadikan drama petang-petang kat TV3,slot Akasia,tapi ada jugak a few yang disiarkan dekat Astro. Tapi,yang penting semuanya dapat sambutan wei. Hebat tak dia ni ? Antara novel-novel Anjell adalah Eksperimen Cinta, Tundukkan Playboy Itu, Hero Seorang Cinderella dan Suamiku Paling Sweet and aku harap sangat yang novel Dr Alpha Male ni pulak dijadikan drama. hehe

Secara generalnya maksud Dr Alpha Male tu sendiri membawa makna ;

noun
noun: alpha male; plural noun: alpha males
1.     the dominant male animal in a particular group.
 "two of them trotted over to greet the alpha male, a black wolf with a graying muzzle"
o    a man tending to assume a dominant or domineering role in social or professional situations.
 "most alpha males need to control the women in their lives"
o     
*Aku terlebih gigih pagi ni,nah hadam maksudnya*

Baca dulu sinopsis belakang novel ya.

"Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.

“Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium.” – HILMAN UKASYAH

Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung.

“Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut.” – HILMAN UKASYAH

Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya.

“Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?” – TRISTIN HAZEL

Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya… Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.

Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat.

Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan… Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya…

“I’ll do my best to protect you. Anything. I’ll even be taking a bullet for you.” – HILMAN UKASYAH

Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?" 

So, my first impression masa baca sinopsis ni, aku rasa macam bestnyaaaaa hoi. Then, baca bab 1 -3, bibit-bibit kelakar dah ada,aku dah mula berdekah and itu bermaksud aku memang akan baca novel ni,every pages without miss even one piece. Baca lagi..alahai charmingnyaa Hilman ni. Auraanya memang lain macam. Hahaha. Apa yang aku perasan, gaya penulisan novelis ni memang lain sikit, Anjell pandai tarik minat pembaca dia and target audience dia dikalangan teengers. Ayat sempoi plus kelakar, jalan cerita tak berbelit-belit, suspens yang sederhana. Tapi,ada a few watak yang aku tak faham kenapa watak tu perlu wujud dalam novel ni. Macam kalau watak extra tu takde pon,tak mengganggu jalan cerita.Tapi, mungkin akan ada sambungan untuk novel ni and watak-watak macam Dheo & Nurissa mungkin akan dijelaskan dengan lebih details dalam novel seterusnya,mungkin. Dari segi perkembangan jalan cerita. Ada naik ada turun. Ada masa buat kau teruja nak teruskan pembacaan and at some point feeling feeling melting tadi drop then naik balik tapiiiii tetap berjaya buat aku habiskan bacaanlah.

Dalam setiap novel mesti akan ada satu aspek yang sama atau orang sebut klise. Dalam novel ni pon adaaa,of course ada. Kalau sesiapa yang dah baca atau akan baca novel ni nanti, korang akan jumpa scene klise di mana kedengkian sikap orang Melayu kita yang masih terdapat di luar sana. Mulut-mulut panas berapi makcik-makcik dan masyarakat sekeliling. Lepastu, sikap Dr. Hilman yang poyo kadang-kadang agak macam keterlaluan,POYO benar tapi watak poyo tulah yang bagi aku jadi sweet.
 Overall, novel ni aku klasifikasikan sebagai, bahan bacaan ringan. Takdelah penuh sangat konflik macam certain novel yang bila kau baca,kau boleh stress. Hahaha. Ada yaaa, sebab novel boleh stress tu benarr ya. Bukan mitos. I'm the alive victim. kehkeh

Bila kau baca novel ni, kau akan dapat rasa pelbagai rasa, haaaaa mixed feeling lah nak mudah. Bila Hilman dan Hazel mula-mula berjumpaa, kau akan rasa alahai sweet dan kelakarnyaaa moment tu. Then, bila something terjadi dekat Hazel pada malam tu, kau akan rasa macam, Allahu kesiannyaa Hazel, tapi takkanlah kot dia diperkosa. Terbocor jalan cerita sikit. hehe kau akan rasa suspens dengan  si stalker and pervert iaitu si...tutttt dan kau akan rasa sakit hati dengan Iwan dan Safura. Nak tahu kenapa sakit hati ? pergilah baca sendiri wei takkan aku nak cerita semuaaa.Tak suspens lah nanti. Tapi, yang penting kau akan keep on falling for Hilman Ukasyah like i do. Okbye. HAHAHA !

Okay guys, itu jelah kot untuk review kali ni. Kalau rasa macam nak teaser untuk novel ni, nak baca dalam a few chapter online then baru nak purchase,boleh pergi siniii https://www.wattpad.com/403543797-dr-alpha-male-bab-1 atau pergi je dekat blog Anjell tadi. Tapi kalau terniat dalam hati tu nak baca online je sampai habis, keep on dreaming sebab ada sikit je chapter online hokay. Tapi, aku rasa kalau peminat novel tegar, memang akan beli jadikan koleksi peribadi terus. Yedok ? Baru puas hati kan ? hehe

Thank you for reading. I loveeeee you guys ❤❤