Assalamualaikum..
Harini tetiba teringin pulak nak buat novel review, harap dapat membantu lah bagi sesiapa yang suka baca review dulu sebelum beli novel. Review saya ni takde bias and semuanya jujur.in shaa Allah. Mula-mula saya baca karya Melur Jelita ni, dalam hati cakap not bad,boleh tahan.Ketebalan novel tu pon boleh tahan tebalnya.Cukuplah bawak 2 buah je buku Melur Jelita ni dah boleh lenguh bahu, kalau 5 buah buku sekaligus,mahu senget bahu seminggu.Tak faham la cemana dia boleh tulis novel tebal2 macamni n ada input yang berguna pulak tu.haihh.bravo2 ! hehe..okay mula..masa baca novel ni, pinjam buku dari member,lepastu tak puas hati pulak bila tak ada dalam koleksi sendiri,so saya pun cepat-cepatlah melaburkan duit yang memang dah kering beli novel ni. Only Novelholics knows the pain bila dah baca novel tu tapi novel tu bukan kita punya tapi kita nak novel tu ada dalam koleksi kita tapi pulak masa tu duit kekeringan.haaaa..yang last tu lagi sakit.Haha.okay sebelum merepek lagi panjang,nah baca dulu synopsis.
![]() |
cemana gais ? tebal ke idok ? |
Hampir 90% daripada novel ni boleh dikata berlatarbelakangkan di kemboja. Bila mula-mula baca dulu, lagi-lagi bila iris dan firman kat kemboja, rasa macam nak sangat-sangat pergi kemboja dan tengok sendiri kehidupan bangsa Melayu yang beragama Islam di sana. Kedaifan, kemiskinan, pergolakan antara kaum dan agama. Bagaimana mereka kuat menghadapi dugaan sebagaimana yang diceritakan oleh Melur Jelita. Sungguh! baca novel ni boleh buat kita ada kesedaran pasal kemanusiaan.
Iris, boleh dikatakan seorang wanita yang manja, agresif, tegas dan agak ke'divaan.Wanita yang berani yang tidak gentar untuk berlawan dengan lelaki. Sering bertindak di luar kawalan,keras kepala, tidak mendengar nasihat. Hatinya kuat kepada Aidan, tetapi lama-kelamaan sifat Firman yang selalu melindungi menjadikan hati Iris berbolak balik. Aidan dan Firman dirasakan amat berbeza. Aidan selalu mengambil kesempatan terhadap Iris tapi Iris takde pulak nak sepak terajang ke hape. kata garang sangat ! tapi still dia tolak.tolak-tolak manja konon.haha..geram pulak.sedangkan Firman langsung tak pernah cuba nak sentuh Iris dan itu telah memikat hatinya. Siapa sangka anak orang kaya yang sentiasa hidup dalam kesenangan sanggup menyertai misi kemanusiaan di Kemboja,yang boleh dikatakan mempunyai banyak kekurangan dari segi pendidikan,persekitaran.tapi, Iris ke Kemboja ada perkara yang perlu diselesaikan,bukan untuk misi kemanusiaan semata-mata.
Firman Ebrahim aka abang pedas, haihh..speechless sungguh sebab dia ni digambarkan sebagai seorang lelaki yang agak sempurna. Well, i know that nobody is perfect in this world lagi-lagi ini watak rekaan novel tapi rasanya tak salah kalau kita sebagai manusia cuba untuk ambil mana-mana perangai dan sifat positif yang ada pada watak-watak rekaan ni kan ? lagi satu yang saya suka novel ni sebab, novel ni tak cliche macam kebanyakan novel yang saya pernah baca, latarbelakang hero tu mesti dia CEO,kalau tak pun mesti dia doktor atau peguam yang ayah dia pulak mesti ada gelaraan datuk atau tan sri.cerita ni lain sikit, Firman ni biasa-biasa je tapi tak adalah hidup susah. Salasilah keluarga dia di Kemboja sangan complicated,so susah nak explain tapi keluarga Firman sangan dihormati di Kemboja walaupun hidup mereka sama-sama serba kekurangan. Firman ni diceritakan bekerja sebagai inspektor polis trafik.memiliki sebuah kereta Persona,sebiji kawasaki ninja dan sebuah kondominium.No mercedes.No BMW,No Audi.Okay sambung..Firman berusaha menjaga iman yang sering goyah bila berdekatan dengan Iris. Bagaimana, dalam ketegasan, Firman menegur Iris tentang banyak benda.Firman, dikagumi oleh masyarakat di sana tapi tak terlepas dari dugaan dunia dan fitnah dari keluarga Daud. Anak yang baik, sanggup meninggalkan kerjaya yang disayangi demi mahu mencurahkan bakti di kampung, di samping emak tersayang. Firman tak pernah meluahkan perasaannya terhadap Iris kerana dia tahu Iris milik Aidan dan dia tak akan rampas hak orang lain. Iris juga mencintai Firman tetapi sangkanya Firman langsung tak ada perasaan terhadap dirinya,so dia pun diamkan diri sehinggalah Iris dijemput pulang ke Malaysia oleh ayahnya dan Aidan.
Endingnya, saya sangat berpuas hati walaupun ada part yang tak tahu apa kesudahannya tapi dont worry sebab part yang tergantung tu dah terjawab dalam sambungan novel ni iaitu 'My Precious Iris'.Nanti saya tulis review pasal sambungannya pulak.
Overall, bagi saya novel ni sangat sangat sangat sangat best dan berpuas hati. Gaya penulisan,penyampaian yang sangatlah hebat dan padat. Info yang menarik pasal Kemboja,pasal sejarah Kemboja..memang tak akan bosan baca novel ni.serious.highly recomended. 5 star !
SINOPSIS BELAKANG NOVEL :
Kisah kemanusiaan yang penuh dengan kasih sayang. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan
tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!
Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan
Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...” – Abang pedas
Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris
“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim
Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”
“Dan apa?” - Firman
“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris
Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.
“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…
“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”